Kerjaya dalam bidang percetakan akhbar Joseph_Pulitzer

Beliau mula berjinak dengan bidang akhbar berikutan suatu kejadian di mana dia dan beberapa orang lain ditipu seorang yang mendakwa adanya pekerjaan di sebuah ladang tebu di Lousiana; beliau menulis laporan mengenai kejadian yang menimpa mereka ke Westliche Post. Di ibupejabat akhbar tersebut, dua peguam yang bekerja di sana iaitu William Patrick dan Charles Phillip Johnson tertarik dengan profil József maka mereka pun membantunya mendapatkan kerja sebagai seorang kerani di syarikat kereta api Atlantic dan Pacific Railroad.

Beliau menjadi warganegara Amerika Syarikat secara naturalisasi pada 6 Mac 1867 sambil beliau menggugurkan kesetiaannya kepada Empayar Austria-Hungary. Beliau turut mendapat pekerjaan di akhbar tersebut pada waktu sama.[6]


Pada 1872, Joseph Pulitzer membeli saham dalam Westliche Post sebanyak $3,000 dan kemudiannya menjual saham tersebut pada tahun berikutnya untuk mendapatkan keuntungan pembelian itu. Pada tahun 1878, beliau membeli kedua-dua akhbar St. Louis Dispatch dan St. Louis Post, serta menggabungkan ia menjadi akhbar St. Louis Post-Dispatch yang masih wujud sehingga hari ini. Beliau memainkan peranannya dalam akhbar tersebut sebagai seorang yang memeperjuangkan suara rakyat melalui laporan pendedahan dan penyiasatan gempar.[7]